2008年3月11日 星期二

Akhirnya Rakyat Bersuara

Amat terkejut bila mengetahui BN kecundang dalam pilihanraya umum March 8, 2008. Sungguhpun BN masih berpeluang untuk membentuk kerajaan dengan kemanangan kerusi parlimen yang melebihi 50% tetapi berbanding dengan kemenangan 4 tahun yang lepas, kali ini rakyat memang telah bersuara dan suara ini memang lantang and cukup menggemparkan.

Sebagai rakyat Malaysia yang bekerja di rantau orang, saya berasa kemenangan ini memang sesuatu yang cukup menggembirakan. Ini tidak bermakna saya pro atau contra kerajaan, tetapi kemanangan parti pembangkang kali ini memang menunjukkan rakyat sudah cukup matang untuk menilai kuasa mereka melalui satu-satunya undi di tangan mereka sendiri. Isu perkauman tidak lagi boleh digunakan untuk menghebohkan rasa benci di antara kaum. Satu negara yang demokrasi patut mempunyai bentuk kerajaan yang berbilang. Hanya dengan cara ini sahaja, suara rakyat akan dihargai dan dinilai dengan sesungguhnya.

Untuk negeri yang telah diambilalih oleh parti pembangkang, seperti Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kedah dan Kelantan, saya berharap kerajaan negeri yang baru dibentuk akan menjalankan tugas mereka dengan alim dan tidak mendukacitakan kota rakyat. Cuma dengan cara inilah baru rakyat rasa mereka telah membuat putusan yang bijak.

0 個意見:

張貼留言

訂閱 張貼留言 [Atom]

<< 首頁